doa si sepet yang maqbul  

Posted by forever

Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah.

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!".

Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.

adoi tekena pulak "tag"  

Posted by forever

~I Was Tagged By Ratu Salju~

1) What is the most important thing in your life?
%keluarga * kawan2 * kerjaya aku la%

2) What is the last thing that you bought with your own money?
%erk..agak2 nk beli apa ek?? air kot..lalala%

3) Where do you wish to get married?
%kat tempat senang org mai la...xgadoh org sungut2 hehehe%

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
%buat selamanyala...wat pa sat2 mna best...%

5) Are you in love?
%dok cintan mie megi kot... hahaha(gelak jahat)%

6) Where was the last restaurant you had dinner?
%ish... lupa kat mna la... kedai arab kot%

7) Name the latest book that you bought?
%kitab kuliyah kot... lama xbeli kitab rujukkan%

8) What is your full name?
%nama penuhkan panjang letih nak tulis...hihihi%

9) Do you prefer your mother or father?
%dua2 la ish2 awat tnya soklan camni ni apa punya car la huaah huaah%

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
%semestinya Nabi Mohammad s.a.w%

11) Christina or Britney?
%tak mau pilih depa 2 ni boleh... bg la org lin lak hahahaha%

12) Do you do your own laundry?
%ada kot... lama x pi tengok hahahaha%

13) The most exciting place you want to go?
%Mekah n madinah... pas 2 tempat lin lak%

14) Hugs or kisses?
%tak kawin lai... pas kawin kot hahaha(gelak ala2 jahat galak)%

15) Point out 5 things about the person who tagged you.
%ratu salju%

1.ek..ceria kot nmpak mcm 2 la xtau lak huaah huaah
2.cakap banyak cikit...ekekekek
3.pandai cakap, banyak point pekena org..hehehe
4.rajin tulun ibu kot asyik2 sikit tulun ibu huhuhuhu
5.apa lgi ada kat ratu xdan kenai banyak lgi, tnya asyik x jawab je

16) 8 things I am passionate about:

1.Allah
2.tilam kot nk tdq hahaha
3.nak kata bantal, xdk pon lene tdq
4.mkan lak kot..
5.dah mkn minum lak la cari lekat x minum hehehe
6.apa lagi la awt banyak sangt sampai 8 ni sikit2 dh la
7.apa lagi la tdq mkn dah. senaman cikit kot takut boroi hehehe
8.keja pulak la x keja nk dpat duit kat mn

17) 8 things I say too often:

1. ermmmm
2. erk..
3. huhuhuhuhu
4. yap
5. o0o0o0o0o
6. salam bro...
7. uik..
8. kuik kuik kuik

18) 8 books I’ve read recently:

1. mastika
3. komek
4. majalah mcm2 la jgn tanya
5. kitab kuliyah la
6. surat kabaq
7. kitab rujukan apa patut
8. kitab hukum n kitab ilmu alat (nahu sorof n lain2 lai)

19) 8 songs I could listen to over and over again:

1. xpdc semua lagu dia la
2. Sandra Biahsan Hal
3. Amr Diab El Leila Dy Enta El Ghaly
4. Hakeem Ah Ya Galby
5. Nancy Agram Ana-Eeh
6. Nawal Malom Dal3ona
7. May Bergegar Segunung Rindu
8. Cromok Obsessed

20) 8 things I learned last year:

1. berdikari sebb dok negara org
2. sabaq banyak ngn perangai arab
3. erti persahabatan
4. tabah tempuh liku2 hidup
5. tingat negara sendiri la bila dok luaq ni
6. belajaq masak sendiri xdk isteri lagi
7. padang kedepan
8. kesedaran dalam diri

7 people to tag:

xpilih sapa lg nnt saya pilih
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

p/s- sesape yg kn tag..slmat menjawab n men'tag' org len pulak huaah huaah....

berkat kejujuran  

Posted by forever

Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.

Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.

Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdula Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.

al kisah  

Posted by forever

cinta sejati

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

resepi  

Posted by forever

AIR SOYA

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
1kg kacang soya
15 liter air
3 helai daun pandan
1kg gula pasir
1 liter air untuk air gula
sedikit garam

CARA-CARA
1. basuh kacang soya kemudian rendam selama 4 hingga 5 jam.
2. setelah kembang, toskan kacang.
3. kisar kacang menggunakan mesin pengisar dengan 15 liter air.
4. tapis air kacang dengan menggunakan kain putih sebanyak 2 kali dengan kain net.
5. masukkan air soya tadi kedalam periuk sederhana dan masak sehingga menidih.
6. masukkan garam dan daun pandan.

Air Gula
1. masak 1KG gula dengan 1 liter air


TAU FU FAH

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
1kg kacang soya
7 liter air
*50gm tepung jagung
*25gm saiko jenis lembut
1/2kg gula putih
250gm gula merah
1 liter air (untuk masak air gula)

CARA-CARA
1. basuh kacang soya kemudian rendam selama 4 hingga 5 jam.
2. setelah kembang, toskan kacang.
3. mesin kacang dengan menggunakan 7 liter air (kacang soya hanya boleh dimesin 1 kali sahaja untuk menjamin kepekatannya.
4. tapis air kacang dengan menggunakan kain net putih.
5. masukkan air kacang yang telah ditapis tadi kedalam periuk kecil.
6. masak dengan api yang besar, periuk hendaklah sentiasa di tutup.
7. kacau setiap 3 minit untuk mengelakkan air kacang tadi hangit.
8. masak sehingga didih.
9. sementara itu campurkan tepung jagung dengan saiko kedalam satu bekas dan masukkan 400ml air kedalamnya, kacau hingga sebati dan hancur.
10. tapis bahan tadi dengan kain penapis net, kemudian masukkan kedalam tong panas (jenama STANDARD).
11. setelah mendidih dan membuak, tutup api.
12. air soya yang telah mendidih tadi tapis kedalam satu bekas lain dahulu sebelum di masukkan kedalam tong panas.
13. tuang dengan segera kedalam tong panas, tutup segera.
14. biarkan selama 1 jam sebelum dibuka.

AIR GULA
1. campurkan kesemua bahan tadi, iaitu gula merah, gula pasir dan air.
2. masak dengan api sederhana.
3. apabila air gula mendidih tutup api.

Kehidupan ku…  

Posted by forever

Jam 4pg pada tarikh 25/2/1980 telah lahir seorang hamba Allah dimuka bumi ini, iaitu aku la hehe…maka bermula la kehidupan aku dibumi ini, di alam baru selepas melalui alam rahim ibuku, yg sebelum itu di alam roh…apa lg selepas dilahirkan mesti la letak namakan? xkan xmau ada nama kot? hehe… jadi nama ku yg sebenar adalah krie… (nama pendek je.. Panjang x larat nak tulis :D ) uik lupa nak cita aku lahir kat mn?? Aku dilahirkan di Kg. Banggol Sidam Kiri Kedah… iaitu kg. halaman aku sekarang… ada sapa tau ka kg aku jd p la lawat2 umh aku dah tau…hbq dulu nak pi tau…

Aku dibesarkan oleh ibu dan bapa ku…membesaq kat kg tu la, kg mn lg dah yg tu je kg aku…dok kg selama 12 thn lepas 2 aku masuk asrama pulak jd x dok kat kg dah la,sejak dari itu sampai la xdok kg..bukn x dok terus, balik je ari cuti tp dok besaq kat tmpat luaq je la… 7thn dok asrama, 2thn dok pondok, 3thn dok umh sewa, 3thn dok luar negara egypt… uik banyaknya aku dok luaq, kan aku dah kata banyak dok luaq, buat heran boleh…hehehe….

Cita cikit aku ngaji kat mn noh… umuq 5-6 tahun aku ngaji tadika kat kg akula kat mn lg x kan nk p kg org kot maklumla kecil lg… semasa umuq 7-12 tahun sek keb sidam kiri la…nasib baik ada sek kat kg aku leh gak aku ngji kenai a, b, c x gitu….seterusnya umuq 13-19 tahun masuk sek men lak la, tak kan nak dok sek keb lg kot dah besaq cikit leh kenai dunia katakan, nama sek aku sek men tarbiah al-nashiin bukit meriam, selesai dh ngji situ masa umuq aku 20-22 tahun aku p dok pondok lak ngaji kat sana lak, nak tau gak ka nama apa pondok aku tu? Oklah aku hbq maddrasah nurul islah pondok tuan guru haji bakar parik panjang baling… pas tu masa umuq aku 23-25 tahun aku masuk Insaniah lak sekarag ni KUIN… habis je situ aku mai mesir lak masa umuq 26 tahun sampai sekarang ni… bila nak habis la… doa je la...

apa lagi nak cita tntang diri aku x mai fikiran ni… nanti bila ada lg aku nak cita aku sambung ok…

diriku ini  

Posted by forever

inilah diriku yg serba kekurangan, gambq ni aku tangkap dalam bilik aku kat egypt, saja menerai camera baru kawan aku baru beli... hehehe....

serabut  

Posted by forever

pada malam 14/7/2008 aku memberanikan diri untk meneroka blog aku.. sedangkan aku tidak ada pengalaman mengenai blog, cuma sekadar melihat sahabat aku, disamping belajar sedikit demi sedikit, tapi x pernah aku lakukan, hampir 2 jam lebih aku cuma membuat satu langkah iaitu mencari template untuk blog aku ni.. inilah hasilnya yg aku dapat template aku walau pon ia tidak menarik mana namun amat puas bagi aku sebab dapat membuat sendiri tanpa bantuan orang lain.. Alhamdulilah...

salam pengenalan  

Posted by forever

assalamualaikum wbt...
tanggal 11/7/2008 hati aku terasa untuk membuat blog, entah kenapa aku terpikir tuk wat semua 2, sedangkan ada banyak lgi yang perlu aku wat, tanpa kusedari aku melangkah ke pc aku lalu mmbukanya, terus aku mncari web blog dan terus mndaftar, bermuala dari situlah aku cuba mnceburkan diri dalam bidang blog ni, banyak lagi yg aku tidak tahu mengenai blog ni, aku berharap satu hari nnt aku mahir untuk wat blog yg mntap...

Sign by Danasoft - Myspace Layouts and Signs